Coklat Hantaran
Coklat praline sesuai sebagai hantaran perkahwinan, hadiah ekslusif dengan kotak dan hiasan yang menarikMore
Coklat Hantaran
Coklat juga boleh dijadikan sebagai hantaran yang menarikMore
Coklat Truffles
Coklat Ekslusif yang sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah yang istimewa...More
Finest Chocolate
Barry Callebaut memang terkenal di seluruh dunia, kami hanya menggunakan coklat terbaik untuk produk Royal Coklat...More
1 December 2011
JENIS-JENIS COKLAT
1. Coklat kouvertur (Couverture)
Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan bahan utama iaitu massa koko dan lemak koko, lebih dikenali sebagai kouvertur atau coklat tulen yang bermutu tinggi.bisanya coklat jenis ini digunakan oleh golongan profesional kerana kaedah pengendaliannya agak rumit.
2.Coklat Kompaun ( Compound)
Bagi menghasilkan coklat yang lebih murah, bahan utama seperti massa koko akan digantikan dengan serbuk koko manakala lemak koko gantian (lemak yang diperah dari kelapa sawit) mengambil tempat lemak koko asli. Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan serbuk koko dan lemak koko gantian ini dikenali sebagai coklat kompaun. Coklat kompaun lebih senang dikendalikan berbanding coklat konvertur dan mudah ditemui kerana ada banyak dalam pasaran. Sebahagian coklat kompaun yang tinggi mutunya boleh menandingi rasa coklat dan tekstur coklat konvertur.
3.Coklat Berperisa
Dalam pasaran sekarang tersedia banyak coklat berperisa dan berwarna ini adalah coklat putih yang dibubuh perisa dan diwarnakan seperti coklat perisa strawberi yang berwarna merah jambu. Coklat perisa oren yang berwarna jingga dan pelbagai perisa lagi.
4. Coklat tanpa gula ( Coklat Diabetik )
Bagi menghasilkan rangkaian coklat tanpa gula pula, bahan utama iaitu gula biasa (sukrosa) digantikan dengan gula tiruan seperti Maltitol, Sorbitol dan Isomalt. Bahan-bahan lain kekal sama seperti pembuatan coklat konvertur. Oleh yang demikian coklat tanpa gula masih lagi mengekalkan rasa manisnya tetapi gula yang digunakan adalah selamat dan sesuai untuk penghidap diabetes atau kencing manis. Biasanya coklat jenis ini agak sukar ditemui di pasaran dan harganya agak mahal berbanding coklat biasa.
29 November 2011
COKLAT
Sejarah koko
Salah satu penemuan terhebat di dunia adalah biji daripada buah Theobrama cacao atau dikenali sebagai koko,iaitu bahan asli untuk membuat coklat. Dengan teksturnya yang halus, rasanya yang mengasyikkan dan aromanya yang lembut, coklat menjadi sumber yang penuh dengan rasa kemewahan dan digemari oleh hampir setiap orang di seluruh dunia.
‘Theobroma’ yang bermaksud ‘makanan dewata’ adalah peringkat pertama dalam pengembaraan coklat. Koko berasal dari bumi Maya di bahagian tengah benua Amerika dan dibawa pulang ke tempat masing-masing oleh pengembara Sepanyol dan negara Eropah lain. Dari situ koko dibawa menyeberangi lautan Hindi ke Jawa, Sumatera hinggalah ke Malaysia. Ini membuktikan sejak hari pertama ditemui, koko telah menjalinkan hubungan yang intim dengan manusia daripada pelbagai peringkat dan melangkaui sempadan negara, budaya, sosial, ekonomi mahupun rohani. Sejak berkurun-kurun, koko digunakan dalam pelbagai bentuk oleh berbilang bangsa.
Pokok dan Buah Koko
Koko hanya sesuai ditanam dan hidup subur di wilayah beriklim tropika. Tanaman dua musim ini berupaya mengeluarkan hasil melebihi dua tan sehektar setahun dan menjadi sumber kehidupan golongan petani di luar bandar terutama di Afrika Barat, Asia Tenggara dan Amerika Tengah. Buah koko sedia dituai selepas empat bulan bunga berputik. Terserlah barisan rapi biji koko diselaputi pulpa keputih-putihan apabila buah dibelah. Biji-biji koko basah akan diperam dan dikeringkan untuk menghasilkan biji koko kering bernilai tinggi.
Daripada Biji Menjadi Coklat
Biji-biji koko kering yang diproses melalui beberapa peringkat dan inovasi teknologi akan menghasilkan tiga produk utama iaitu massa, lemak dan serbuk koko. Kegunaan koko berkembang pesat, daripada hanya sebagai minuman pada peringkat awal penemuannya kepada pelbagai bentuk dan perisa coklat serta konfeksi yang lazat dan menyelerakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)