6 December 2011
Home » FREQUENTLY ASK QUESTION

FREQUENTLY ASK QUESTION

0 comments
1.         Apa perbezaan antara coklat kouvertur dan coklat kompoun?
Perbezaan antara coklat kouvertur dan kompoun adalah lemak yang digunakan untuk membuat coklat tersebut. Coklat kouvertur menggunakan lemak dari biji koko yang dipanggil mentega koko, sementara coklat kompoun menggunakan lemak sayuran e.g dari kelapa sawit .


2.          Adakah coklat yang dijual di blog ini HALAL?
Ya,semua produk kami adalah halal. Segala sumber bahan yang digunakan adalah HALAL dan telah mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM. Anda tidak perlu was-was atau ragu dengan produk kami kerana pengusaha Royal Coklat adalah bumiputera Muslim yang amat mementingkan kesucian dan kehalalan produk.


3.         Di manakah lokasi Royal Coklat?
Kami menjalankan perniagaan online 100% dan beroperasi dari rumah. Kami menggalakkan belian secara online bagi memudahkan kedua-dua belah pihak.


4.          Saya tidak pernah membeli secara online. Bolehkah saya mempercayai perniagaan yang dijalankan di sini?
Kami pengusaha Muslim, memegang prinsip jujur dan amanah untuk mendapat keberkatan dalam mencari rezeki halal.

5.         Bagaimana ingin membuat tempahan?
Pelanggan boleh melawati blog kami dan memilih pakej coklat atau bertanya tentang sebarang soalan. Tempahan boleh dibuat menggunakan emel atau SMS/Call 013-9273298 atau 019-9473298.


6.         Adakah coklat akan cair jika dibawa dalam kereta atau dipos?
Coklat kouverter yang telah ditemper dengan betul tidak akan cair jika ia berada pada suhu bawah 34°C. Jika anda bawa coklat dalam kereta yang berhawa dingin, coklat tidak akan cair, tetapi jika anda tinggalkan coklat dalam kereta ditengah panas, cairlah coklat jika suhu kereta itu >34°C.


7.         Bagaimana rasa coklat homemade Royal Coklat?
Kualiti berdasarkan jenis coklat yang digunakan. Kami menggunakan coklat kouverter dan coklat kompaun premium bagi menghasilkan coklat yang rasanya sama dengan coklat komersial yang berada di pasaran. Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk merasa coklat yang dihasilkan.


8.         Berapa lama coklat buatan tangan boleh di simpan
Ketahanan coklat bergantung kepada jenis coklat, cara penyimpanan dan kandungan coklat tersebut. Coklat boleh bertahan 1-3 bulan. Bagi memastikan coklat Kouverter tahan lama, ia perlu disimpan pada suhu ~20°C -26°C, tempat yang kering dan jauh dari barang yang berbau. Filling coklat juga memainkan peranan utama dalam menentukan ketahanan coklat.

Leave a Reply

 
Royal Coklat-Coklat Homemade Halal © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

Blog Ini Paling Baik Dilayari Dengan Mozilla Firefox